BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 19, 2009

>>PENGHARAPAN YG BERAKHIR<<<

Hari ni sgt memboringkan diriku,time nak dkt imtihan ni la mcm2 la perasaan dtg..ni ada sedikt masa terluang ana lbh seronok nak tulis carpen lagi,idea dtg lagi..hehe..alhmdullilah..


>>>PENGHARAPAN YG BERAKHIR<<<<
Hari ini,aku MOHD HAFIZ..hidup berdikari jauh dari keluarga...aku tinggalkan keluarga untuk ku lanjutkan pelajaranku di mesir,walau berat hati ibu ayahku untk melepaskan aku nun jauh disana,namun aku merayu ...aku berjanji akan menjaga diriku sebaik mungkin...tanggal 21.7.2000 aku jejaki kaki kebumi ardil kinanah ini..selama 4 tahun aku terokai ilmu yg ada di bumi mesir ini dgn pelbagai onak dan duri,dan hatiku terlalu bersyukur krn Allah memberi peluang kpdku untuk menuntu ILMUNYA...sedar tak sedar,kini tamat lah pengajianku ..dgn mendapat pangkat jayyid dalam jurusan syariah islamiah...
Selama 4 tahun aku berada dibumi mesir,aku tak jemu-jemu berdoa moga Allah berkati hidupku,murahkan rezeki,berjaya dunia dan akhirat..dan aku pernah ingat pesanan ustzku tika disekolah dulu"dari skrg kamu smua kna berdoa untuk mndapat isteri solehah"..aku rasa mcm malu pulak nak berdoa.rasa mcm kecik je lagi...dlm malu2 doa jugakla..hehehe...Aku,sekarang ni dah bekerja sbgai seorang ustz di sbuah sekolah agama.aku rasa tanggungjwbku lbh berat krn nak mendidik pelajar2 zaman sekarang ini bukanlah begitu mudah yg kita sgka..pelbagai kerenah yg nak kena layan..kdg2rasa bosan jgk..tapi apakah daya ku..mungkin qodo dan qodar aku mnjadi seorg pendidik..hmm.....ayah dan ibuku tak berhenti2 menanyakan tentang teman wanita..dan mereka katanya tak sabar2 nak smbut menantu.Aku pulak malas lagi nak pikir,aku nak keja dulu dan nak enjoy dulu..darahku masih mudala...arrhhh tnsion betoilaaa... kawin! kawin! apalah yg best sgt?? huhu...hmm...masa berlalu,kini umurku sudah meningkat 26 tahun dan tetiba terasa naluri ingin mencari seorg teman hidup dlm diri..apakah yg terjadi dalam diriku ini?? knapa perasaan ini ada?? YaALLah adakah tiba masanya???...aku bersuara kepada ibuku..."ibu fiz rasa eloklah fiz nak ibu cari calon untuk Fiz,Fiz rasa dah bersedia ibu untuk mendirikan rumah tangga" ibu tersenyum sinis..malunyaaaaa....
Pada suatu petang,selepas pulang dari sekolah,ibu memanggilku duduk di sebelahnya dan menunjukkan ku sekeping gmbar,aku belik2 cntik,kulitnya putihlah jgk,manis..kira sedap mata memandang..kata ibu dia seorg peguam..hmm aku kerut sedikit dahiku,memikirkan adakah sesuai dgnku?? impianku,aku nak zaujahku seorg ustzah,tapi takpelah dah ibuku berkenan..aku terima dgn hati yg terbuka..jika dia benar milikku,satukan hatiku dgn hatiya Ya ALLah..beberapa bulan kemudian rombongan meminang pun dihntar..aku rasa gembira,maklumlah seumur hidup aku tak pernah bercinta,tetiba ja nak kawin dah..agak gementar jgk..2 bulan kami menjalinkan tali pertunangan,aku mula berkenal-kenalan,dari pandgnku dia wanita yg lemah lembut,pnyayang,romantik dan ada ciri2 keibuan..syukur Ya ALLAH.Hari yg dinantikan2 telah pun tiba,aku dan aisyah telah selamat diijab kabul,gementar hatiku terasa nak jadi suami org..dan nak pikul amanah Allah menjadi seorang suami yg baik dan dapat membahagiakan si dia...Aku mgmbil keputusan tidak tinggal bersama kedua ibu bapaku,kmi rasa ingin berdikari dan hdup seperti suami isteri yg tiada kongkongan dari kedua ibu bapa..suatu malam....
"sayang...abg rasa bhgia sgt bila berada dekat dgn syg..abg harap syg dapat jadi isteri abg yg solehah dan abg sgt mencintaimu wahai isteriku"percayalah pada abg,abg tak akan membiarkan syg bersedih" lalu zaujahku mencium tgnku memohon redho dariku...alhmdulilah...hmm..hmpir setahun perkhawinan kami,hdup sbgai sepasang suami isteri yg sgt bhgia,namun kebahgiaan yg ku rasa hnyala sementara,tetiba aisyah berubah..mnjadi seorg isteri yg biadap,aku bersabar dgn sikapnya..kerana aku telah berjnji dgnnya suatu masa dahulu,aku tak akan menyakiti hatinya..segala tanggungjwb aisyah sbgai zaujah,dia khianati..aku seperti tunggul dilayannya,kekadang aku rasa naluriku sebagai seorg suami tercabar!! suatu hari...SAYANG ..ABG NAK KE SEKOLAH NI CEPAT SALAM ABG"..ISHHHH ABG NI INGAT AISYAH NI BUDAK2 KE?? NAK SALAM2 ABG PULAK??? dahla tgn abg tue keras,busuk tak mahulahhhh...bosanla hari2 nak kena salam.." Aku beredar dgn perasaan yg sakit hati..aku sgt hairan knapa sikap aisyah sgt berbeza?? tak macm dulu..skrg ni dia dah pndai tengking2 aku..
balik keja pun dia tak masak..aku tak berkira,aku masak dan nak amik hati aisyah...aku tak tenteram nak mgajar,aku mintak sedikit nasihat shbat2ku..kerana dah tak tahan sgt dah hati ni...apalah nasib aku YaAllah..ibu dan ayah tak mengetahui rumah tangga kami skrg ini semakin retak..aku cuba nak jadi suami yg terbaik..tapi adakah aku dapat tahan smua ini dgn sikap nya yg menjadi2?? rumah selerak,pakaian aku tak terurus..sedih aku memikirkan....
Aku cuba berhadapan dan berbincg dgn aisyah.."syg dtg kat abg jap,abg nak tya syg sikit..knpa sejak akhir2 ni abg tgk aisyah dah lain?mana janji aisyah dulu nak jadi isteri solehah?? aisyah sgup buat abg mcmni? aisyah dh bnci abg ke?? abg tgk skrg ni aisyah dah mula balik mlm2,smbhyang pun entah kemana?? aisyah nak abg pukul aisyah ke??? tetiba je ...bila aku sebut kat aisyah nak pukul die..dia naik angin mcm org hilang akal...hbis smua brg2 rumah di balingnya,aku mcm nak naik tgn ..dah tak sabar rasanya..aku jgk ada perasaan..aku taknak jadi lelaki dayus...pangggggggg...satu tamparan ke muka aisyah.."AISYAHHHH...kamu jgn melampau sgt..kamu ingat abg ni kuli kamu ka?? kamu ingat abg duk berlembut2 dgn kamu,abg tak dak perasaan ka?? abg sabar ja dgn sikap kamu selama ini..kerana abg tak nak hbgn rumah tangga kita ni hncurrrrrr...abg cuba memahami kamu!!!!..tapi kamu dah melampau aisyahhhhhhhh..cerkah aku..dgn slumbernya aisyah kata"ikut suka abglahhh...abg rasa abg bagus sgt??? apa aisyah hairan? abg tu dahla ustz jer..gaji pun sikit..aisyah tak heranla kalau abg nak tinggalkan aisyahhh..mulai sekarang ceraikan aisyah!!!!!aku mgucap pnjang..Ya Allah ya tuhanku apakah ujian mu ini,apakah silapku Ya Allah,aku x mampu lagi nak jadi suami yg baik,aku hilang kesabaranku..kenapa aku diuji sebegini hebat??? mengalir air mataku...tika membawa kereta melarikan diri ketempat yg aku rasa sgt tenang iaitu "masjid" aku mgambil keputusan untuk tenagkan hati yg lara kesana,dan beberapa hari aku abdikan diri kepada Allah...moga2 isteriku terbuka hati dan sedarkan diri apa yg dia lakukan dgnku...aku memikirkan adakah aku ini bukanlah pilihan hatinya?? atau aku ini bukanlah suami yg baik?? ya Allahhhhhhhhh...selama 3 hari aku di masjid,tnpa mgmbil tahu hal aisyah,aku pulang kerumah,setibanya aku dirumah aku memangil aisyah" aisyahhhh..aisyahhhh....tiada sahutan....
Aku mula rasa bersalah,kerana tinggalkan rumah,aku temui sepucuk surat...aku bukak surat itu dan ternyatalah zaujah aku yg tulis..
"assalamualaikum..abg disini aisyah coretkan untuk abg sedikit luahan hati aisyah..aisyah sedar apa yg aisyah buat kat abg selama ini,aisyah abaikan segala tggungjwb aisyah,tapi ..aisyah rasa biarlah aisyah pergi..aisyah tak dapat nak bersama abg,abg sgt baik buat aisyah...sbnarnya abg..aisyah ada satu rhsia yg aisyah smbunyikan selama kita kawin ini..sjak kita kawin ini ikhlas hati aisyah mgatakan aisyah tak pernah ada rasa syg dan cinta kat abg..sblum abg mengahwini aisyah,aisyah pernah bertunang,...aisyah masih kenangkan bekas tunag aisyah...mak dan ayah aisyah halang perkhawinan kami..aisyah tak dapat terima!! dalam masa yg sama ibu abg masuk minang aisyah...mak aisyah terus setuju....abg...aisyah tak dapat terima abgg!! aisyah sgt mencintai bekas tunang aisyahhh...skrg ni aisyah dah jumpak dia..dan kami berjanji akan bina mahligai bersama..maafkan aisyah abg..ceraikan aisyah! aisyah xsgup lagi jadi isteri yg berpura2 cintakan abg....aisyah merayu pada abg"dari aisyah...
Setelah selesai aku baca surat aisyah,bagai sembilu menikam hati,aku mengalir air mataku,walaupun hakikatnya seorg lelaki payah mengeluarkan air mata..tapi siapa tidak syg isteri?? apatah lagi dia cinta pertamaku?? aku terduduk sehingga makan pun tak terurus,mandi pun tak basah,apalah nasib malang menimpa hidupku ini YA ALLah..YA Allah aku tak tahan menangung bebanmu ini...aku imbau kembali kenangan manisku bersama isteriku tersayang...."abggg...aisyah nii..cepat abg,aisyah masakan makanan kegemaran abg ni...smbil mencubit pipiku..bhagia bila mengenangkan saat2 kebahgiaan kami dulu..sebak didada kian terasa.berkaca2 air mata mengalir...aku rindukan mu wahai isteriku tersayanggg..knapa sgup aisyah buat abg mcmni??? dimanakah perasaan aisyah?? aisyah tak bersyukur dgn Allah?? aku menghela nafas menahan sedih..klu aku tiada iman dah gila rasanya...namun aku sabar dgn ketntuannya..aku tak berhenti2 berdoa moga aisyah kembali kepadaku..sejak 5 bulan aisyah meninggalku tnpa khbar berita hdupku terumbang ambing tanpa isteri disisi,bila nampak ja perempuan tiada lagi perasaan ...aku hnya terbygkan isteriku..aisyahhhh mgapa kamu mghukum abg sebegini...abg sygkann kamuuuu!!!!!!aku cuba mencari aisyah dimerata2..dan mak ayah aisyah pun tak tahu dimana aisyah...mak dan ayah aisyah turut rasa bersalah kpdaku...aku tak berputus asa mncari aisyah...setiap hari dalam sujudku..aku berdoa moga Allah pertemukan kami semula,aku sgt sygkan rumah tanggaku...aku yakin dgn takdir Allah yg aisyah tetap milikku....YAALLAH YANG MAHA PENGASIH,JIKA DIA BENAR MILIKKU SATUKAN HATINYA DGNKU,TITIPKAN KEMESRAAN DIATANRA KAMI AGAR KEBAHGIAAN ITU DTG KEMBALI,TEMUKAN KAMI DLAM RAHMAT DAN KASIH SYGMU,SESUNGGUHNYA ENGKAU TEMPAT KU BERGANTUNG HARAPANMU,AKU SYGKAN ISTERIKU...AKU MOHON PADAMU YA ALLAH...SUBURKANLAH CINTAKU PADA DIRINYA...AKU CUBA MENJADI SUAMI YG TERBAIK..TETAPI AKU TIADA DAYA LAGI YA ALLAH...AKU SERAHKAN SEGALA2NYA PADAMU YA ALLAH...........YA RABBAL ALAMIN....setiap hari aku tak berhenti2 berdoa dan bertawakal pada Allah...moga aisyah kembali kepadaku..
Cuti hujung tahun dah bermula,aku mengambil keputusan untuk menenangkan jiwaku ke pulau langkawi,terasa tenang melihat ombak yg tidak putus2 berlawan arus,tetiba aku memandg seseorg..yg aku rasa mcm nak kenal..tetapi bersama wanita itu ada disebelahnya seorg lelaki,aku cuba memerhatikannya...YAALLAH AISYAHHH...terasa tersentap apabila aku melihat dia bersama lelaki lain..aku rasa itu mungkin bekas tunangnya yg dahulu..perasaan cmburuku kian terasa.aku sedar diri..aku siapakah dihatinya?? aku melihatnya dia begitu mesra dgn lelaki itu,aku mula beredar dgn hati yg luka...sgup aisyah menduakan aku?? aku rasa sgt terhina??..rasa bodoh sgt? rasa dayus sgt?? YA ALLAHH bodohnya akuuuuuuu!!!!!aku dh mula rasa putus asa...dan aku rasa tercabar..ingat dia bagus sgt? kaya sgt?? aku tak heranla aisyah?? kau ingat aku ni tak laku?? aku setia dgn kau pun sbb aku sygkan kau?? aku boleh buat apa yg kau buat dgn aku?? jgn mnyesal aisyahhhh!!! aku tak akn ceraikan kau..kau tanggunglah dosa kau?? aku terasa geram yg teramat sgt...hari demi hari berlalu..aku tak dapat bohongi diriku.aku tak dapt mncintai org lain,aku cuba mencari pasangan hidupku yg lain tetapi knapa naluri cintaku pada aisyah sgt kuat??? YAALLAH hilangkan cinta ku padanyaaa...aku tak sggup lagi menyeksa hdupku ini...sekarang hampir satu tahun 6 bulan aku hdup membujang,aku dah rasa sikit2 dapat lupakannya...
Jam menunjukkan pukul 10 malam aku tak dapat pejamkan mataku,apabila aku terbayang aisyah berada disisiku..aisyahhh pergilah engkau dalam hidupku..kau sgup melukai hatiku...!!! dalam aku terawang2 fikiran,tetiba aku terdengar ketukan pintu yg kuat.."assalamualaikum..assalamualaikumm...ya!! ya! sebentar..lalu aku membuka pintu..maaf saya menggangu..ni ustz hafiz ke?? yer ..yer ni saya...ada apa yer?? saya ni kwn aisyah,saya tahu kisah ustz dan dia,saya selalu nasihati dia,tapi dia terlalu ikutkan hatinya...skrg ni saya harap ustz maafkan dia,dia di hospital ustz..mgalami kemalangan,dan dia koma dan tak sedarkan diri dah seminggu..saya harap ustz dapat menjenguk dan memaafkannya...YA ALLAH aisyahhhhhh isterikuuuu....aku rasa mcm dah nak pengsan terdengar berita ni..mcmna pun perasaan bnciku terhadapmu namun aku tak boleh membohongi diriku..aku sgt sygkan muuuuu..
Aku terus bergegas ke hospital,ku lihat wajah aisyah dalam keadaan yg sgt menyedihkan...aisyah sygku,abg disisimu,aku gengam tgn isteriku dgn penuh ksih syg"mcmana aisyah buat kat abg pun,abg tak dapat lupakanmu,aisyah tahu tak,betapa seksanya hati abg tnpa aisyah disisi,abg sedar abg tak dapat memaksa hati aisyah..tapi apa yg abg cuba luahkan..ketahuilah...sesungguhnya dgn nama Allah hnya aisyah isteri abg yg abg cintai..kita telah berjanji ingin hidup semati aisyah...Aku ambil sebotol air,lalu membacakan doa lalu mengusap air ke muka isteriku tersayang,penuh pengharapan moga aisyah kembali sedar seperti sedia kala..setiap hari aku dgt menjenguk aisyah namun tiada perkembangan...hari ini tanggal 27.7.2009..genap 2 tahun perkhawinan kami..aku bawakan sejambak bunga kpd aisyah,walaupun hakikatnya aku tak berharap aisyah menyayangi aku bila dia sedar nanti,namun aku rasa aku masih suaminya...aku harus beri perhatian..kalau diikutkan hati argghhh........biar mampus kat kau...tapi atas dasar kasih syg dan aku jugak seorg yg mengaji agama tak sgup aku membiarkannya...hmmm....beberapa minit aku dibilik aisyah,mgkin ini kasih syg Allah terhadap hbgn kami ,dan hari ini jugak genap 2 tahun perkhawinan kami,aisyah sedar..dan aku tika itu disisinya..bila dia buka mata..dia memekup mukanya dgn tgn..abggg...pergiii..pergiiii...aisyah maluuuuu..aku diamkan diri,tak amik kisah dgn dia,aku fikir mugkin dia tak normal lagi.."abgg dgr tak?? pergiii...!!! aku kata padanya ...aisyahh knapa sgup buat mcmni ..hina sgt ka abg ?? tetiba aisyah menagis...abggg aisyah bukan hina abg..aisyah malu sbb aisyah ni jahat,aisyah curang dgn abg,aisyah tak bersyukur dan redho dgn ketentuan Allah...aisyah bodoh!bodoh!,..aisyah tak baik aisyah hina diri sebegitu..abg sedar abg tak dapt paksa aisyah menyayangi abg..takpe lah kalau aisyah nak abg pergii.....
abgggggggggggggggg...tungguuu..jgnnnnn!!! maafkan aisyahhh abggg..maafkannnn...aisyah sgup buat apa saja kalau abg nak suruh aisyah sjud kaki abg sekali pun..aisyah dah byk dosa dgn abg....hukum aisyah abg! hukum aisyah!! aisyah tak nak ulangi lagi semua perbuatan aisyah ii..aisyah jnji akan bahagiakan abggg...aku terkelu,dan rasa tergamam...ya Allah adakah disebalik ujian mu ini memberi sinar kebahgiaan ku yg baru?? adakah aku boleh maafkan aisyah begitu sja??adakah aku dipanggil dayus kalau aku terimanya kembali?? ....aku berfikir pnjg...aku amik wudhuk ..dan tunaikan solat ..mga jwapan ini diperoleh dariMU...aku terasa tenang ...dan aku rasa inilah jalan yg terbaik untuk aku bina kembali sinar kebahgiaanku bersama isteriku tercintaa..."aisyah sygku..abg maafkan dirimu,abg jugak nak memohon maaf padamu,sekiranya abg ini ada lakukan kesalahan pada diri syg..mga apa yg berlalu kita jadikan pengajaran dalam rumah tangga kita ini..abg harap sgt kita bahagia seperti dulu..abg terlalu mncintaimu..."satu ciuman didahi aisyah tnda ksih syg kembali terikat..."abg.......sekiranya aisyah tak dapt bhagiakan abg pukullah aisyah,abg bimbinglah aisyah,aisyah tak sekuat agama mcm abang,aisyah perlukan bimbngan dari abg"...insyaAllah...kataku..
Dah beberapa hari,aisyah keluar dari hospital dan kami tinggal dirumah yg kami diami dulu..aisyah sgt berubah,dan meminta izin padaku ingin berhenti kerja..katanya nak memberi perhatian pada rumah tangga..aku izinkan,kami berdua menunaikan solat sesama,dan berdoa agar hbgn ini kekal slamanya dgn ksh syg Allah..pada malam ini,bulan seolah2 mengetahui dua hati sdg bersatu..sgt cntik bila kupndng..mataku mula ingin terlelap.."tetiba isteriku berbisik.."abg aisyah nak cerita sesuatu pada abg,abg tahu tak bekas tunag aisyah tue tipu aisyah,sbnrbya dia nak kikis duit aisyah je..dia sggup upah org langgar aisyah..aisyah rasa inilah balasan Allah pada aisyah..sbb aisyah byk dosa pada abgg..air mata aisyah mengalir..lalu ku usapkan airmatanya...uishhh..sudahlah syg..abg dah maafkan syg..dah2 jgn ngis lagi ok?? kita buang yg keruh amik yg jernih...abg tak nak lagi ungkit kisah lama..lupakan..kitakan dah berjanji nak bina hidup barukan ?? syg awakkkk.....!!!jom tidur pejamkan matamu syg....terasa bahagia dihatiii..alhmdulillah..allah itu sgt mengetahui setiap isi hati hmbamu..
"Abg...cepatlaaa...tgk anak abg ni tendang2 perut ,sakit..sbar ye syg..moga kita dapt ank yg soleh..syg nak namakan anak kita apa?? hmm klu lelaki aisyah nak letak nama mohd Danial,klu perempuan nurAtikah...abg pulak?? kalu abg..abang nak letak mohd redho,klu perempuan nur mawaddah...tetiba tgh2 duk seronok2 letak nama anak...mcm tahu2 jer anak aku nih..."abbbbbbbbgggggg" sakittttt...ha??? nak bersalin dahka?? aku gelabah..manala nak tahu sgt ni first time jadi ayah ni?? aku terus bwa ke hospital...setengah jam kemudian..terdengar tangisan anakku,gembira rasanya..mana tidaknya dapat anak sulung!!!!!! alhmdulilah..aku dapat anak perempuan...YA Allah comel mcm muka aku ngn ummi die..hehe...lalu ku azankan...mgkin ini berkat kesabaranku ,rupanya kepahitan yang Allah uji aku dan aisyah,Allah nak dtgkan kemanisan dlm hidup kami..aku berdoa moga hbgn yg kami bina ini kekal abadi...sygku...aku cuba menjadi suami dan walid kpd anak kita dgn terbaik dan sygku..mga engkau sntiasa menjadi teman hidupku yg solehah dan mnjadi syap kiriku untuk kita menjadi hmba yg taat pada Allah s.w.t....amin...


huhu...tamatlah carpen ana ni..hmpir 2 jam jugak ana memerah otak mengakhiri cerpen ni,apa yg ana nak smpaikan.. kita sbgai manusia apa yg kita impikan tak semuanya akan dapat,dan apa yg kita tak suka itu.itulah sebenarnya yg terbaik dalam hidup kita..Allah mengetahui setiap hmbanya...dan setiap dugaan yg menimpa harus punya sifat kesabaran dan jgn putus asa mengharap pengharapan kpd Allah..insyaAllah kepahitan yg Allah beri pasti ada hikmah nya,hatta seorg ustaz yg mgaji agama pun pasti ada ujiannya..moga smua pembaca blog ana dpt beri komen,dgn cerpen ana ni....hakcipta terpelihara nurul aiman majidah bt johari...

Wednesday, December 16, 2009

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]



usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]


Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa~

Tuesday, December 15, 2009

...............DISANA ADA SESUATU.........

ASSALAMULAIKUM...Dalam cuaca yg agak dingin ini,aku tetiba je dapat ilham untuk ku menulis sebuah cerita yg ku rasa dapat memberi semangat untuk terus mendalami ilmu..tetambah nak dekat exam ni..bermulalah sebuah kisah..
KRINGGGGG....jam loceng amira berbunyi,jam menunjukkan pukul 4.30 pagi,kewajiban sebagai anak dan sebagai penganti ibu turut ditaati setiap hari,sejak ibuku meninggal segala kewajipan dirumah aku dipertanggungjawabkan...Adikku..Asyraf,dan Asma..masih terlena dibuai mimpi..aku menjenguk ayahnku didalam bilik...ayah sedang bersiap2 untuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga...bak kata pepatah hidup kami sekeluarga kais pagi makan pagi,kais petang makn petang..namun aku masih berasa bersyukur walaupun kami sekeluarga susah,kasih syg ayah kpd kami sgt berharga...aku siap2kan sarapan pagi untuk ayah,dan keluarga..jam menunjukkan 6.30 pagi..aku kejutkan adik2 kesayangan ku..
"Asyraf,Asma syg....bagun solat subuh..jap lagi kita2 siap2 pergi sekolah ye..asma merengek2..xnak kesekolah..maklumlah dia baru berumur 7 tahun..aku memujuknya sepeti anak2 kecik...
"adikku syg...tak baik begitu,kesian ayah..penat carikan sesuap nasi untuk kita,ibukan dah tiada..asma kena tolong akak,dan keluarga kita..kita keluarga susah dik...bila dgr nya nasihatku,asma terus bersemangat dan terus berhenti merengek"
Asyraf adikku yg kedua...menolong ayah mengangkat jala ayah,dan barang2 untuk mencari rezeki di laut..ayahku hnya seorg nelayan...walaupun usia asyraf baru berusia 15 tahun namun dia juga berasa tnggungjwab untuk menolong ayahku..ayahku selalu nasihatkan asyraf jgn fikirkan tntang ayah..ayah akan berusaha bersungguh2 untuk anak2 ayah..yang penting anak2 ayah berjaya..aku dan adik2 ku kagum dgn sifat2 ayah..ayah xpernah merungut tentang kewangan walaupun hakikatnya aku tahu hanya cukup untuk keperluan rezeki kami setiap hari....
Tepat jam 7.15 pagi aku dan adik2ku..melangkah kaki kesekolah,agak jauh rumahku dgn sekolah..dalam 15 minit baru smpai..setibanya aku disekolah..tetiba ...terdengar
beberapa kwn2 yg agak nakal mengejek kami bertiga"eiii tgk tu diowg punya baju lusuh,kasut koyak sana sini,beg dah putus tali..hahahaha..diorg mengejek aku dan adik2ku..aku mampu berdiam,asyraf jgk ternampak raut wajahnya dndam..aku berkata.adik2ku kita kna buktikan kemiskinan bukanlah halangan untuk kita berjaya..asyraf tersyum kembali...alhmdulillah...
Didlam kelas aku membuka buku sementara cikgu solehah masuk..hari ini keputusan percubaan spm ku..akan keluar..terasa gementar dan sedikit harapan untuk aku memperolehi keputusan yg cemerlang...aku hnya terbayang2 kelibat ayah yg penat mncari rezeki di laut..hujan,panas ayah redahi.."assalamualaikum,smua murid2 ckgu pada hari ini ckgu nak umumkan keputusan percubaan spm kamu..ada yg cikgu sedih kerana tak dapat keputusan yg cemelang..hatiku berdengup kncang..apakah nasibku ya Allah...kalaulah aku dapat teruk..mcmna hati ayah?? ya Allah...seorg demi seorg cikgu solehah umumkan..tibanya nama aku cikgu solehah kata"bangun amira!"..jntungku berdegup kencang,murid2 smua..berikan tepukan gemuruh kpd Amira..dia memperolehi 9A..ckgu cukup bangga dgn Amira..tahniah..tiba bergenang airmataku..alhmdulillah syukur padamu yaAllah...mgkinkah ini berkat ayahku memberi rezeki yg berkat kepada kami sekeluarga...terima kasih ayahhh...
Setiap hari ayah akan pulang kerumah pada pukul 7 mlm dan membawa bekalan makanan kpd kmi sekeluarga...aku melihat raut wajah ayahku begitu penat dan berpeluh2..kucapai tuala lalu mengesat peluh didahi ayah,ayahku tersenyum dan memberi ciuman di dahiku..ayah berkata"duhai anakku..ayah syg kamu smua..haaaa..mcmna keputusan anak ayah?? ok ke ? aku tersenyum dan menunjukkan keputusan ku..alhmdulillah,ayah sebak..mgkin dalam diri ayah,ayah berasa bangga dgn keputusanku..ayah berpesan kpdku.."anakku apabila kamu berjaya suatu hari nanti jgn lupa hubungan kamu dgn Allah,dan ayah tak akan mintak sempatimu anakku..biarpun ayah susah..ayah ingin melihat anak2 ayah berjaya dunia dan akhirat dan mnjadi anak yg soleh..aku peluk ayah menangis teresak2...aku berazam akan memberi kegembiraan kepada keluarga dan tak akan biarkan ayah mencari rezeki di pntai lagi..aku ingin berjayaaaaa..aku akan buktikan!! hnya wajah ayah dan adik2 yg terbyg difikiran ku setiap kali ingin menjwab peperiksaan ..ini memberiku smgat yg cukup luar biasa...
Pada pagi itu..ayah bersiap2 ke laut,aku tapaukan nasi untuk ayah...kucium pipi tua ayahku,dan meminta ayah doakan aku mndapat keputusan yg cemerlang,hari ini keputusan SPM akn diumumkan...ayah berpesan kepadaku sebelum dia melangkah keluar dari rumah"anakku ayah doakanmu mndapat keputusan yg cemerlang,ayah tak dapat pergi bersamamu untuk melihat keputusan SPM amira,kerana nanti kita sekeluarga kelaparan..ayah tak nak anak2 ayah hidup dlm kelaparan dan sedih kerana tak dapat makn..biar ayah berlapar asalkan kamu smua kenyang...Amira,kamu jagalah adik2mu sebaiknya,klu ayah tiada disisimu..apa pun yg terjadi..ayah taknak ank ayah putus asa belajar,ayah gembira kalau kamu semua berjaya walaupun ayah tak dapat bersama kamu..ayah dah tua amira,jgn tggai solat itu pesan ayah yg terngiang2 di telinga..aku,asyraf,asma memeluk ayah dan menangis..knapa ayah berkata begitu? ayah jgn tinggalkan kami ayah...kmi masih perlukan ayah..ayah tersenyum..."ayah tak tinggalkan kamu..cuma ayah ingin berpesan ja kat anak2 ayah yg ayah syg ni." ok smua pergi siap pergi kesekolah..ayah pulang nanti ayah nak tgk keputusan kamu Amira,Asyraf jaga kakak dan adik2 kamu bebaik yer..kamu lelaki..ingat pesan ayah ni...
Riuh rendah kedengaran suara pelajar2 tingkatan 5.mana tidaknya hari ini keluar keputusan spm..aku dengan perasaan tawakal kpd Allah apa pun yg aku dapat aku redho dgn ketentuannya..Asyraf adikku menemaniku mgmbil keputusan spm..cikgu solehah senyum melihat aku.."amira tahniah lagi sekali kmu mendapat pelajar terbaik disekolah..dan kamu berjaya mndapat 9A1..cepat telefon ayah kamu! aku hnya mampu menangis didepan adikku asyraf..tnda kegembiraan..
Aku dan adik2ku pulang kerumah,hatiku dah tak sabar2 nak gitaw ayah..ayahhhhh amira berjayaaaa..ini semua berkat ayahhh...terima kasih ayahhh..." aku nak jerit kat ayah kalu ayah ada dekat dgn ku..jam dah menunjukkan pukul 8 malam aku terus menanti dan menanti...aku dan adik2 tunggu kepulangan ayah,selalunya kami semua makn malam bersama ayah..asyraf adikku keluar ..."kak,adik tak sedap hatila kak..adik nak pi tgk ayah kat laut." dah lama sgt ni..dah kul 10 ayah tak balik2 lagi...hmm.."ok" adik pegi bebaik yer..bimbangnya akak..
Hampir sejam asyraf pergi,tak pulang2..aku tidak berhenti2 berdoa moga tidak menimpa sesuatu yg buruk.tetiba kedengaran diluar rumah..akak!!!!!!!!!! akak!!!!!!! akakkkk...smbil menagis teresak2.akakkk ayah..ayahhhhh...akak ayahhhhhh..knpa dik.??? ayah kak..ayah tenggelam dilaut..skrg ni pendduduk kmpung sdg mencari ayah.. YA ALLAH UJIAN APAKAH INI?? YA ALLAH SELAMATKAN AYAHKU YA ALLAH..KAMI SUDAH TIDAK BEREMAK ADAKAH AYAH?? selang beberapa minit jiran dtg kerumahku,dan mengkhabarkan mereka menjumpai mayat ayah..aku bagaikan hilang kawalan..dan tetiba pengsan..adikku asyraf dan asma..menagis teresak2..apakah nasib kami ya Allah..
Kini sudah 10 tahun meninggalkan seribu kenangan,susah senang aku dan adik2ku menyara hidup kami sekeluarga dgn menjual nasi lemak,asyraf adikku bekerja selepas sekolah bagi menampung yuran sekolah kami..aku sudah berputus asa ingin meneruskan pelajaran..tapi adikku asyraf nasihatkan aku..akak ingat harapan ayah..walau ayah tiada disisi kita ayah pasti gembira jika kita smua berjaya..adik sgup berkorban demi akak..asyraf tak akn smbung pelajaran..akak pergilah keMesir..adik akan mencari rezeki untuk akak dan adik asma..asyraf nak lihat akak berjaya,biarlah asyraf berkorban..sebak didada..aku peluk adikku inilah pengorbanan terbesar adikku..asyraf terima kasih ..akak berjanji akan belajar sguh2...aku mgmbil jurusan kedoktoran dimesir,,alhmdulilah berkat kesungguhan aku,aku mndapat keputusan terbaik dan dapat tajaan dari Mara..setelah 6 tahun aku diMesir aku hnya menelefon mereka..asma skrg sudah di matrikulasi..asyraf sibuk dgn kerjanya..dan selalu nasihatkan mereka agar jaga solat dan jgn lupa berdoa kpd arwah ibu dan ayah.."aku mengimbau semua ni ketika aku,asyraf. dan asma kepantai...aku anak ayah seorg doktor,manakala asyraf walaupun hnya setakat SPM mungkin berkat pengorbananya dia mnjadi ahli perniagaan yg berjaya dan asma seorg guru..aku,asyraf,asma berpelukkan menagis...dan aku berpesan walau bagimanapun adik2ku..kita sedarah sedaging jgn kita sesekali bergaduh dan bermasam muka..kita dah tak dak mak ayah mcm org lain..kita dah berjaya buktikan kejayaan kita dikkk walaupun kita dulu terlalu susah dik..kalau ayah dan ibu masih hidup pasti mereka turut gembira dgn kita."jum adik,kita ziarah kubur ayah dan ibu.....dan DISANA ADA SESUATU...apa yg terjadi padaku dan adik2ku tnpa ayah dan ibu mgajar kami erti kehidupan,dan belajar menerima qodo dan qodar..ayah,ibu..anak2mu sgt merindui kaliannn..hnya doa yg mampu kami sedekahkan pada kalian....wallahu'alam,

akhir kalam buat shabat2ku..dikesempatan kita masih ada ibu dan ayah,hadiahkan kejayaan kepada mereka...imtihan dah nak dekat..jum kita semua study sama2..klu kita berjaya,ibu dan ayah di tanah air pasti menagis tnda kegembiraan mereka..dikesempatan yg ada ana nurul aiman majidah bt johari ingin memohon kemaafan kpd shabt seperjuagan,ahli bet,dan adik beradik liqo...kak chaq mohon maaf byk2 ..kita buktikan kejayaan milik kita..org yg berjuang pasti ada kemanisan..dan jika ditakdirkan kegagalan pada kita,ingatlah kesilapan kita yg lalu,hbgn dgn Allah,ibu bapa,shbat2 cmna..?? dan jgak mungkin ada seribu hikmah yg terbaik buat kita..apa yg penting kita tuntut ilmu semata2 kerana Allah..sama2 kita doakan kejayaan bersama..salam imtihan..


Wednesday, December 9, 2009

"SUCI IBARAT KAIN PUTIH"







ASSALAMUALAIKUM..alhmdulillah,sekian lama ana menyepi untuk update blog ana ni..pada pagi yg tenang ni dpat ana meluangkan masa untuk menulis satu tajuk yg ana rasa agak menarik,dan untuk kita sama2 berfikir tntang kejadian kita sbagai makhluk Allah dimuka bumi ni,dan khalifah Allah yang mana Allah menciptakan kita dgn pelbagai keajaiban...disaat kita menjadi bayi didalm kndungan dan anggota2 yg sentiasa berbakti untuk kita jalani kehidupan di muka bumi ini..
Ana bukanlah yg terbaik untuk ana kongsi smua ini..tapi ana sekurang2nya berusaha menyedarkan kita sbgai manusia perlu sensitif dgn keadaan sekeliling..krana hidup kita ini bukanlah dijadikan untuk mementingkan diri sendiri,atau org selalu kata hdup aku"AKU"hidup KAU "KAU"bila ana tulis ini bukan lah ana nak jaga tepi kain org.hehe...
untuk ringkasnya ..ana nak kgsi dgn sahabat2..sedar atau tidak sedar..sejak akhir2 ini kes pembuangan anak haram,atau kes pembuangan bayi semakin serius di MALAYSIA..ana rasa terkelu,dan rasa agak berang,setelah ana dgr cerita dari sahabat ana yang baru pulang dari Malysia.katanya di KEDAH tmpat negeri ana..dan lbh menyedihkan di sebuah sekolah yg agak terkenal dijumpai bayi dibuang dimangkuk tandas.dan ditemui mati..NAUZUBILLAH..sgguh kejam manusia,tiada rasa bersalah pada diri,tiada rasa kasih syg lagi..antara alasan yg berlaku semua ini adalah KETELANJURAN DALAM PERCINTAAN,dan lbh mnyedihkan lagi membuang anak atas sbb KEMISKINAN..apakah manusia zaman sekarang ini tiada hati perut???
Cuba kita lihat haiwan seumpama kucing..yg tiada akal,tapi dikurniakan nafsu..mampu menjaga anaknya..dgn penuh kasih syg..bila dilahirkan anaknya..walupun tiada tgn yg sempurna seperti manusia..menjilat2 bulu anknya untuk membersihkan darah2,dan menyembunyikan anak ditempat selamat dgn mengendung menggunakan mulut,serta menyusukan anak2nya dgn penuh kasih syg..ini menunjukkan haiwan lbh menghargai anak2nya dari manusia yg tiada hati perut membuang anak dimerata2 tempat ibaratnya mcm sampah...ALLAHUAKBAR..DIMANAKAH akal dan fikiran yg Allah kurniakan kepada manusia??? sgguh kejam!! anak yg dilahirkan dgn suci dan bersih,serta tidak berdosa itu.dbunuh,tanpa rasa belas kasihan..inilah manusia akhir zaman yg lbh teruk dari binatang..ana bukanlah untuk menghina manusia..tapi ana nak sedarkan kita sbgai manusia siapakah kita layak membuang bayi yg tidak berdosa itu????
Allah ciptakan manusia dgn penuh keajaiban...




Tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ad-Darimi bahawa pada suatu hari seorang lelaki datang menemui Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam menceritakan betapa dahsyat perbuatannya pada zaman jahiliah. Dia berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami ini pada zaman jahiliah adalah penyembah berhala dan menjadi pembunuh anak kami. Aku sendiri mempunyai seorang anak perempuan. Setelah dia menjadi gadis kecil, dia gembira dengan ajakanku apabila aku mengajaknya. Maka pada suatu hari aku mengajaknya dan dia menuruti aku. Lalu aku membawanya ke sebuah perigi kepunyaan kaum kami yang tidak begitu jauh dari kediaman kami. Kemudian aku membawanya ke pinggir perigi itu untuk melihat ke dalamnya. Setelah kepalanya terjulur ke dalam, terus aku angkat ke dua kakinya dan aku lemparkan dia ke dalam. Ketika aku meninggalkannya masih lagi kedengaran dia memanggil-manggil: "Ayah, ayah!."

Mendengar ceritanya itu dengan tidak disedari menitislah air mata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu berkata salah seorang yang berada dalam majlis itu: "Cukuplah, engkau telah membuat Rasulullah bersedih hati." Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Biarkan dia, dia menceritakan hal itu kerana tekanan batinnya yang mendalam."

Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda pula kepada lelaki itu: "Teruskanlah ceritamu itu." Maka orang itu pun melanjutkan ceritanya dan Rasulullah pula terus menitiskan air mata hingga ke atas janggut Baginda. Kemudian Baginda bersabda kepada lelaki itu: "Sesungguhnya Allah telah menghapuskan dosa-dosa zaman jahiliah itu dengan masukmu ke dalam Islam. Mulakanlah penghidupanmu dengan membuat amalan yang baik."

Demikianlah perbuatan orang-orang Arab di zaman jahiliah, di mana mereka membunuh anak-anak perempuan mereka kerana takut menanggung malu.

Pembunuhan Anak Damit Di Zaman Sekarang

Jika kita lihat dan bandingkan antara perbuatan orang-orang Arab di zaman jahiliah dan zaman sekarang tidak banyak bezanya dalam percubaan membunuh anak damit. Akan tetapi di zaman sekarang ini lebih dahsyat lagi kerana orang yang membuang anak damit itu tidak akan memilih apa pun jantinanya, sama ada anak itu lelaki atau perempuan. Pada kebiasaannya mereka akan meninggalkan anak damit itu terbiar begitu sahaja. Berbanding dengan orang-orang zaman jahiliah di mana mereka membuang anak-anak perempuan mereka sahaja atau menanamnya hidup-hidup sehingga mati iaitu dikubur dan tidak dibiarkan. Perbuatan zaman sekarang ini nampak lebih zalim dan lebih jahat lagi kerana memanjangkan tempoh penganiayaan dan penderitaan terhadap anak damit berkenaan.

Sungguh pun zaman sekarang ini pengajian dan penerangan mengenai hukum-hakam Islam tersebar luas, ditambah lagi dengan suasana keislaman yang wujud, tetapi gejala ini masih terjadi juga. Walaupun hanya seorang dua, tetapi cukup menyeramkan dan menyayat hati dan lain-lain perasaan yang tidak boleh digambarkan dan dilukiskan dengan kata-kata. Di manakah silapnya sehingga syiar Islam yang tersebar luas itu tidak membawa kesan apa-apa kepada mereka.



Hukum Pembuangan Dan Pengguguran Anak

Sejak mula janin berada di dalam kandungan ibu, Islam sudah melindunginya. Para ulama menegaskan bahawa pengguguran kandungan sesudah janin ditiupkan roh (diberi nyawa), hukumnya adalah haram dan merupakan suatu tindakan jenayah yang tidak halal bagi seorang manusia melakukannya.

Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Al-Ihya, ketika membezakan antara mencegah kehamilan dan pengguguran kandungan, beliau telah menegaskan bahawa mencegah kehamilan adalah berbeza dengan pengguguran dan pembunuhan, kerana apa yang dikatakan pengguguran dan pembunuhan itu merupakan suatu jenayah terhadap manusia yang sudah wujud. Kewujudan anak itu sendiri adalah bertahap. Tahap pertama, sperma (benih jantan) bersarang dalam rahim, kemudian bercampur dengan benih perempuan, lalu siap untuk menghadapi hidup. Perlakuan merosakkannya merupakan suatu tindakan jenayah yang kejam, apatah lagi jika sperma atau nuthfah ini sudah menjadi segumpal darah dan segumpal daging.

Dalam soal kehormatan manusia ini, Islam tidak berhenti setakat melindungi dan menjaminnya ketika hayatnya sahaja, malah berlanjutan sekalipun nafas manusia itu terhenti (sudah mati), kehormatannya tetap dilindungi, di mana Islam meletakkan fardhu kifayah kepada orang Islam yang hidup untuk menyempurnakan pengurusan jenazahnya dengan cara yang terhormat. Hatta selepas disemadikan digalakkan pula menziarahi pusaranya sebagaimana digalakkan menziarahinya semasa hayatnya.

BAYI..YG SUCI IBARAT KAIN PUTEH ITU..ADALAH ANUGERAH ALLAH...KITA SELAKU ORG ISLAM,DAN DIKURNAIKAN AKAL FIKIRAN JGNLAH MEMBUAT PERKARA2 YG TIDAK BERMORAL ATAU KEJAM YG MANA SGGUP MEMBUNUH ANAK SENDIRI...INILAH TNDA2 AKHIR ZAMAN..YANG MANA MANUSIA MENJADI SEPERTI ZAMAN JAHILIAH..NAUZUBILLAH..HARGAILAH ANUGERAH ALLAH ITU...