BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 9, 2009

"SUCI IBARAT KAIN PUTIH"







ASSALAMUALAIKUM..alhmdulillah,sekian lama ana menyepi untuk update blog ana ni..pada pagi yg tenang ni dpat ana meluangkan masa untuk menulis satu tajuk yg ana rasa agak menarik,dan untuk kita sama2 berfikir tntang kejadian kita sbagai makhluk Allah dimuka bumi ni,dan khalifah Allah yang mana Allah menciptakan kita dgn pelbagai keajaiban...disaat kita menjadi bayi didalm kndungan dan anggota2 yg sentiasa berbakti untuk kita jalani kehidupan di muka bumi ini..
Ana bukanlah yg terbaik untuk ana kongsi smua ini..tapi ana sekurang2nya berusaha menyedarkan kita sbgai manusia perlu sensitif dgn keadaan sekeliling..krana hidup kita ini bukanlah dijadikan untuk mementingkan diri sendiri,atau org selalu kata hdup aku"AKU"hidup KAU "KAU"bila ana tulis ini bukan lah ana nak jaga tepi kain org.hehe...
untuk ringkasnya ..ana nak kgsi dgn sahabat2..sedar atau tidak sedar..sejak akhir2 ini kes pembuangan anak haram,atau kes pembuangan bayi semakin serius di MALAYSIA..ana rasa terkelu,dan rasa agak berang,setelah ana dgr cerita dari sahabat ana yang baru pulang dari Malysia.katanya di KEDAH tmpat negeri ana..dan lbh menyedihkan di sebuah sekolah yg agak terkenal dijumpai bayi dibuang dimangkuk tandas.dan ditemui mati..NAUZUBILLAH..sgguh kejam manusia,tiada rasa bersalah pada diri,tiada rasa kasih syg lagi..antara alasan yg berlaku semua ini adalah KETELANJURAN DALAM PERCINTAAN,dan lbh mnyedihkan lagi membuang anak atas sbb KEMISKINAN..apakah manusia zaman sekarang ini tiada hati perut???
Cuba kita lihat haiwan seumpama kucing..yg tiada akal,tapi dikurniakan nafsu..mampu menjaga anaknya..dgn penuh kasih syg..bila dilahirkan anaknya..walupun tiada tgn yg sempurna seperti manusia..menjilat2 bulu anknya untuk membersihkan darah2,dan menyembunyikan anak ditempat selamat dgn mengendung menggunakan mulut,serta menyusukan anak2nya dgn penuh kasih syg..ini menunjukkan haiwan lbh menghargai anak2nya dari manusia yg tiada hati perut membuang anak dimerata2 tempat ibaratnya mcm sampah...ALLAHUAKBAR..DIMANAKAH akal dan fikiran yg Allah kurniakan kepada manusia??? sgguh kejam!! anak yg dilahirkan dgn suci dan bersih,serta tidak berdosa itu.dbunuh,tanpa rasa belas kasihan..inilah manusia akhir zaman yg lbh teruk dari binatang..ana bukanlah untuk menghina manusia..tapi ana nak sedarkan kita sbgai manusia siapakah kita layak membuang bayi yg tidak berdosa itu????
Allah ciptakan manusia dgn penuh keajaiban...




Tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ad-Darimi bahawa pada suatu hari seorang lelaki datang menemui Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam menceritakan betapa dahsyat perbuatannya pada zaman jahiliah. Dia berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami ini pada zaman jahiliah adalah penyembah berhala dan menjadi pembunuh anak kami. Aku sendiri mempunyai seorang anak perempuan. Setelah dia menjadi gadis kecil, dia gembira dengan ajakanku apabila aku mengajaknya. Maka pada suatu hari aku mengajaknya dan dia menuruti aku. Lalu aku membawanya ke sebuah perigi kepunyaan kaum kami yang tidak begitu jauh dari kediaman kami. Kemudian aku membawanya ke pinggir perigi itu untuk melihat ke dalamnya. Setelah kepalanya terjulur ke dalam, terus aku angkat ke dua kakinya dan aku lemparkan dia ke dalam. Ketika aku meninggalkannya masih lagi kedengaran dia memanggil-manggil: "Ayah, ayah!."

Mendengar ceritanya itu dengan tidak disedari menitislah air mata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu berkata salah seorang yang berada dalam majlis itu: "Cukuplah, engkau telah membuat Rasulullah bersedih hati." Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Biarkan dia, dia menceritakan hal itu kerana tekanan batinnya yang mendalam."

Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda pula kepada lelaki itu: "Teruskanlah ceritamu itu." Maka orang itu pun melanjutkan ceritanya dan Rasulullah pula terus menitiskan air mata hingga ke atas janggut Baginda. Kemudian Baginda bersabda kepada lelaki itu: "Sesungguhnya Allah telah menghapuskan dosa-dosa zaman jahiliah itu dengan masukmu ke dalam Islam. Mulakanlah penghidupanmu dengan membuat amalan yang baik."

Demikianlah perbuatan orang-orang Arab di zaman jahiliah, di mana mereka membunuh anak-anak perempuan mereka kerana takut menanggung malu.

Pembunuhan Anak Damit Di Zaman Sekarang

Jika kita lihat dan bandingkan antara perbuatan orang-orang Arab di zaman jahiliah dan zaman sekarang tidak banyak bezanya dalam percubaan membunuh anak damit. Akan tetapi di zaman sekarang ini lebih dahsyat lagi kerana orang yang membuang anak damit itu tidak akan memilih apa pun jantinanya, sama ada anak itu lelaki atau perempuan. Pada kebiasaannya mereka akan meninggalkan anak damit itu terbiar begitu sahaja. Berbanding dengan orang-orang zaman jahiliah di mana mereka membuang anak-anak perempuan mereka sahaja atau menanamnya hidup-hidup sehingga mati iaitu dikubur dan tidak dibiarkan. Perbuatan zaman sekarang ini nampak lebih zalim dan lebih jahat lagi kerana memanjangkan tempoh penganiayaan dan penderitaan terhadap anak damit berkenaan.

Sungguh pun zaman sekarang ini pengajian dan penerangan mengenai hukum-hakam Islam tersebar luas, ditambah lagi dengan suasana keislaman yang wujud, tetapi gejala ini masih terjadi juga. Walaupun hanya seorang dua, tetapi cukup menyeramkan dan menyayat hati dan lain-lain perasaan yang tidak boleh digambarkan dan dilukiskan dengan kata-kata. Di manakah silapnya sehingga syiar Islam yang tersebar luas itu tidak membawa kesan apa-apa kepada mereka.



Hukum Pembuangan Dan Pengguguran Anak

Sejak mula janin berada di dalam kandungan ibu, Islam sudah melindunginya. Para ulama menegaskan bahawa pengguguran kandungan sesudah janin ditiupkan roh (diberi nyawa), hukumnya adalah haram dan merupakan suatu tindakan jenayah yang tidak halal bagi seorang manusia melakukannya.

Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Al-Ihya, ketika membezakan antara mencegah kehamilan dan pengguguran kandungan, beliau telah menegaskan bahawa mencegah kehamilan adalah berbeza dengan pengguguran dan pembunuhan, kerana apa yang dikatakan pengguguran dan pembunuhan itu merupakan suatu jenayah terhadap manusia yang sudah wujud. Kewujudan anak itu sendiri adalah bertahap. Tahap pertama, sperma (benih jantan) bersarang dalam rahim, kemudian bercampur dengan benih perempuan, lalu siap untuk menghadapi hidup. Perlakuan merosakkannya merupakan suatu tindakan jenayah yang kejam, apatah lagi jika sperma atau nuthfah ini sudah menjadi segumpal darah dan segumpal daging.

Dalam soal kehormatan manusia ini, Islam tidak berhenti setakat melindungi dan menjaminnya ketika hayatnya sahaja, malah berlanjutan sekalipun nafas manusia itu terhenti (sudah mati), kehormatannya tetap dilindungi, di mana Islam meletakkan fardhu kifayah kepada orang Islam yang hidup untuk menyempurnakan pengurusan jenazahnya dengan cara yang terhormat. Hatta selepas disemadikan digalakkan pula menziarahi pusaranya sebagaimana digalakkan menziarahinya semasa hayatnya.

BAYI..YG SUCI IBARAT KAIN PUTEH ITU..ADALAH ANUGERAH ALLAH...KITA SELAKU ORG ISLAM,DAN DIKURNAIKAN AKAL FIKIRAN JGNLAH MEMBUAT PERKARA2 YG TIDAK BERMORAL ATAU KEJAM YG MANA SGGUP MEMBUNUH ANAK SENDIRI...INILAH TNDA2 AKHIR ZAMAN..YANG MANA MANUSIA MENJADI SEPERTI ZAMAN JAHILIAH..NAUZUBILLAH..HARGAILAH ANUGERAH ALLAH ITU...

0 comments: